Monday, January 7, 2013

IMAM SUHAIB WEBB

Entry mama kali ni fasal idola mama, Imam Suhaib Webb pengacara rancangan REFLECTIONS setiap hari rabu di TV Al-Hijrah pukul 11 malam..yg menariknya fasal Imam ni..tauhid nya memang superb, kalah org Islam mcm kita walau dia Muallaf..setiap siri rancangan reflections ni x prnh mama x menitiskan air mata..mmg menusuk kalbu dan maksud nya sampai dan senang faham..xde gelak ketawa..kulliyah dia mmg serius..ilmu yg disampaikan padat..mcm ni le kehebatan dia..subhanallah..

Serba sedikit biodata Imam Suhaib Webb:

IMAM SUHAIB WEBB, seorang warga Amerika Syarikat yang kini berusia 38 tahun. Beliau memeluk Islam di awal tahun 1990an. Keinginannya yang kuat untuk mendalami ilmu tentang Islam, membuatkannya memutuskan untuk berangkat ke negara Afrika Utara.

Webb mendalami ilmu syariah Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir. Semangatnya mempelajari Islam dan aktivitinya sebagai seorang mualaf, terutama di kalangan anak muda Amarika Syarikat (AS) selama lebih dari satu dekad, telah membuahkan hasil apabila ramai anak muda yang memeluk Islam berkat pendekatan beliau. Pada tahun 2010, Imam Suhaib Webb terpilih sebagai salah seorang dari 500 orang "Most Influential Muslims in the World" oleh sebuah pertubuhan kumpulan pemikir Islam AS.







Imam Suhaib Webb - Islam Bahagian Kekayaan Budaya AS
Sebagai seorang mualaf, William Suhaib Webb mengakui tidak mudah baginya hidup di tengah masyarakat non-Muslim di AS. Namun dia berusaha untuk menunjukkan cara hidup Islam yang sebenar dan mencipta satu fenomena kehidupan beragama yang harmonis di tengah masyarakat Amerika Syarikat (AS) yang penuh kecurigaan terhadap Islam ataupun "Islamofobia".

“Sebagai mualaf yang masih berusia muda, saya tidak selesa untuk menjadi siapa saya yang sebenarnya. Saya mengadaptasi perbagai budaya yang berbeza, dan saya tidak dibesarkan dengan budaya itu," kata Imam Suhaib Webb dalam satu wawancara menerusi telefon dengan Reuters. Webb kemudiannya mendalami lagi ilmu Islam di Timur Tengah.

“Saya berhijrah ke Timur Tengah dengan euforia yang tinggi dan konsep-konsep yang utopis,” tutur Webb yang sekarang menjadi imam di sebuah masjid di AS dan mengelolakan website untuk anak muda Muslim. Webb mempunyai latar pendidikan syariah Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir. Sewaktu belajar di Al-Azhar dia menyedari ada salah faham mengenai agama Islam yang baru dipeluknya.

“Setelah saya belajar syariah, saya mulai menyedari bahawa…wah, saya sudah salah memahaminya, dan saya benar-benar ingin merasa selesa menerima siapa saya seadanya dan menghiasi diri saya dengan peribadi sebagai seorang manusia,” tambah Webb. Semangatnya mempelajari Islam dan aktivitinya sebagai seorang mualaf, terutama di kalangan anak muda selama lebih dari satu dekad, membuahkan hasil dan pada tahun 2010, Webb terpilih sebagai salah satu dari 500 orang “Most Influential Muslims in the World”.





Selain mendidik anak-anak muda Muslim, Webb juga dikenali sebagai tokoh yang membela hak-hak kaum wanita dan aktif dalam komuniti agama dalam pelbagai kegiatan masyarakat.

Webb menyatakan, radikalisasi tumbuh subur di AS ketika Muslim dan non-Muslim sama-sama meyakini bahawa Islam tidak sesuai dengan Amerika.

“Muslim adalah sebahagian dari kekayaan budaya AS dan sudah menjadi sebahagian dari budaya kita sejak sekian lama,” tegas Webb. Webb tidak menafikan kemungkinan adanya ekstrimis yang memujuk anak2 muda Muslim, menyelewengkan mereka dari ajaran Islam sebenar. Tetapi dari segi lain, anak2 muda Muslim juga diasingkan oleh non-Muslim kerana pandangan yang salah tentang Islam dan Muslim.

Isu radikalisme Muslim di AS menyemarak kembali ketika Komiti Dewan Keamanan Dalam Negeri Kongres AS membangkitkan isu radikalisasi di kalangan Muslim AS yang dicetus oleh senator Peter King. Keith Ellison, muslim pertama AS yang menjadi anggota Kongres mengecam isu berbangkit itu dan menyatakan King bersifat tidak adil kerana menyamaratakan semua Muslim atas tindakan yang dilakukan oleh segelintir Muslim yang radikal/ekstrem.

Isu Islam dan Muslim semakin panas di AS, dan sikap antisyariah Islam di AS semakin memuncak. Daripada 13 negeri di AS, terlalu sedikit bilangan yang menolak penerapan syariah Islam. Itu belum lagi polemik rancangan pembangunan masjid dan Islamic Center di Ground Zero yg baru sahaja reda.

Menurut Webb, semua permasalahan itu muncul kerana salah faham sebahagian besar masyarakat AS terhadap Islam dan Muslim. “Muslim Amerika, mahu tidak mahu harus terus bersatu dengan budaya Amerika, agar dapat memberikan pandangan yang jelas kepada non muslim yang lain walau pun berbeza pegangan agama, mereka tetap dari satu budaya yang sama.