Sunday, July 3, 2016

REZEKI

Alhamdulillah...dah masuk hari ke 28 umat Islam di Malaysia berpuasa...insyaAllah..beberapa hari lg Hari Raya..dalam pada tu terbaca juga beberapa keluhan si keyboard warrior ttg harga naik,harga minyak naik..bla..bla..bla...slh kan kerajaan,maki hamun org..slhkan pembangkang..pelik..org ke yg bagi rezeki?

Bak kata mak saya...org dulu2 boleh je hidup susah...brg naik..anak ramai..gaji sikit..xde mengeluh mcm zmn skrg pun..ingat dulu zmn sy kecik2..ikat perut..mana ada kereta waktu tu..naik basikal..bas nak kemana2..dulu mana ada bantuan zakat pun..mak & arwah ayah buat 2,3 kerja dlm 1 masa...besar je kami adik beradik...

Sama mcm sy skrg..buat 2,3 kerja jgk...janji halal...anak cukup mkn pakai...yg paling penting terjaga...kena pantau even sibuk mcm mane pun...xde plk nk slh kan sesiapa...yg paling penting berusaha kemudian bertawakkal pd Allah...itu yg paling penting..bersihkan diri dari ilmu bathil..pulangkan..insyaAllah rezeki akan dtg mencurah2...

Drpd habiskan masa dgn HP, lepak sana sini buang masa..lps tu update org sesat,mandi najis la...fitnah org la...opppsss..baik la cari pndptn lebih utk keselesaan hidup...dlm masa yg sama x abaikan kewajipan solat & ibadah2 lain...bila rezeki lebih blh berzakat & membantu org lain yg dlm kesusahan...boleh juga hulur sikit2 kpd yg memerlukan..alhamdulillah...smg zkt perniagaan sy dpt bantu asnaf yg memerlukan..sy jg bntu ahli keluarga terdekat dahulu yg dlm kesusahan utk berbelanja di hari raya ni...lebih afdal rezeki dikongsi bersama..

Jgn lupa syaitan,jin & iblis sentiasa mengintai2 peluang utk sesatkan manusia hingga akhir zaman..sbb tu rezeki sempit...mencari2 kesalahan org & xnak berusaha...sy bersyukur sgt sbb diturunkan dugaan sekejap mslh kewangan..xde siapa dtg membantu...sbb tu pergantungan kpd Allah penting..dari situ sy belajar ilmu perniagaan & alhamdulillah...dpt keluar dari kesempitan hidup...kalau nk hrp kerajaan bantu & meminta sana sini...agak2 nya sy akan terus disuap...x maju sampai bila2

Sempena bulan Ramadhan yg mulia ni..sy nak ucapkan tingkatkan ibadah di 10 hari terakhir ni...slmt hari raya aidilfitri...maaf zahir & batin..sy pulangkan APA shj yg sy terambil dari anda..sy ambil yg haq sahaja..yg lain sy pulangkan..

P/s : Buat haters terima kasih atas perbuatan anda..kalau x,sy x berada pada tahap ni..juga menyedarkan sy..kalau sy ni sesat...penuh kebathilan & syirik terlampau xkan dpt rezeki mcm ni ye tak?xkan org mintak pulangkan duit atau post sy menipu dinar emas ke..oppss tipu duit ke...kesimpulannya,ada aku kisah...lg suka org gelakkan aku...hu..hu...

Thursday, June 2, 2016

Tok Belagak Lagi...

Betul ke apa yang mama dengar ni..tb menipu pelaburan emas?apa kesudahannya?Allah dah tunjuk pun balasan di dunia...kalau mengamalkan ilmu bathil mcm tu la...susah nak berubah kearah kebaikan...tu la bahana fitnah orang...tuduh kami sesat la,mandi najis la..hapa la...dkt akhirat apatah lagi..naudzubillah...mana2 haters sy yg percaya dgn fitnah tb dkt fb ni...kebanyakannya dah terima blsn dunia..sy tak minta blsn diturunkan secepat ini dan mmg x sangka pun sbb sy sibuk dgn urusan saya..alhamdulillah rezeki sy makin murah Allah bagi...

Kesimpulannya jgn mudah dgr fitnah pastu share dgn org lain..siasat dulu..fitnah zmn moden ialah share post org lain dkt fb..pastu bangga org lain komen dan like...dosa sama je mcm fitnah org

Buat haters dan pemfitnah sy...terima kasih banyak2..peranan anda membuatkan sy lebih dkt dgn Allah dan diberikan rezeki melimpah ruah

Sy akan terus mempertahankan ilmu haq ini sampai akhir hayat sy..tq pada haters dan pemfitnah saya...pahala anda di akhirat nanti tetap menjadi milik saya...rezeki jgn ditolak ye tak?












Biar gambar berbicara...

Friday, November 7, 2014

HUKUM CACI MAKI SESAMA ISLAM

Entry kali ini mama ingin menyentuh mengenai isu caci maki sesama umat Islam. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu budaya atau fenomena orang Islam ataupun khususnya Melayu Islam yang suka mengecam, mencaci maki dan menyelesaikan masalah dengan menggunakan perkataan yang kotor dan tidak sepatutnya.

Allahuakbar..mama sendiri pernah melalui..dikeji, difitnah dan dihamburkan dengan kata-kata yang kesat..disamakan dengan binatang yang haram itu...naudzubillah..berkerja dalam 1 team yang budayanya suka menggunakan kata2 lucah, kesat dan suka menyindir dan mengaibkan orang lain.. 

Oleh kerana mama telah dididik dan dibesarkan oleh mak dan arwah ayah serta kaum kerabat yang tidak suka mencela, mencaci maki dan amat berhati2 sebelum bercakap dengan orang lain..jadi mama memang benci fenomena ni.. Sudahnya, mama akan berdiam diri dan tidak membiarkan orang lain mempengaruhi mama sbb mama mmg tidak dibesarkan dengan kata2 yg kotor dan kesat.

Sebenarnya terdapat banyak hadis2 sahih mengenai larangan caci maki ini. Antaranya :- 

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1868.
Dari Abdullah r.a: Nabi saw. bersabda: "Mencaci orang Islam itu suatu kejahatan dan membunuhnya adalah kekafiran."

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0053.
Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Mencaci-maki orang muslim hukumnya fasik, dan membunuhnya hukumnya kafir."

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2047.
Qutaibah menceritakan kepada kami, Abdul Aziz bin Muhammad menceritakan kepada kami dari Al-Ala' bin Abdur Rahman dari ayahnya dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Dua orang yang saling mencaci maki menanggung dosa apa yang mereka ucapkan. Dan (dosa) atas orang yang memulai mencaci diantara mereka selama orang yang teraniaya tidak melalui batas." Dalam bab ini terdapat hadis dari Saad ibnu Masud dan Abdullah bin Mughaffal. Hadis ini adalah hasan sahih.

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2217.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya: "Dua orang yang saling memaki, dosanya atas orang yang mulai memaki, selama yang dimaki tidak membalas berlebihan."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0024.
Dari Ma'rur r.a, ujarnya: "Saya bertemu dengan Abu Dzar di Rabazah. Dia dan hamba sahayanya memakai pakaian serupa. Saya tanyakan kepadanya, apa sebabnya mereka memakai pakaian serupa. Jawabnya "Dahulu saya pernah memaki seseorang dengan mencela ibunya. (Sehubungan dengan itu) Rasulullah menegur saya: "Hai Abu Dzar! Mengapa engkau maki dia dengan mencelanya ibunya? Rupanya engkau masih berfikiran seperti Jahiliyah. Hamba sahayamu itu adalah saudara mu atau pakcikmu yang diamanahkan Allah dalam tanggungjawabmu. kerana itu, siapa saja mempunyai saudara yang menjadi tanggungjawabnya, hendaklah diberi makan sama seperti yang dimakannya, dan diberinya pakaian sama seperti pakaian yang dipakainya. Dan janganlah mereka dibebani pekerjaan diluar kemampuan mereka. Jika mereka terpaksa harus mengerjakannya juga, bantulah mereka."

Hairannya, masyarakat hari ni seolah2 menghalalkan cara...kononnya dibolehkan maki hamun, mengata orang lain seolah2 diri macam malaikat tiada dosa dan confirm masuk syurga..jadi untuk apa solat, puasa dan sebagainya sekiranya mulut masih tidak dijaga dan menyakiti orang lain.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :

“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :

“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”


Nabi SAW. bersabda yang bermaksud : “Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)

Dalam hadis di atas Nabi SAW menyatakan secara khusus mereka yang akan menjadi muflis di hari akhirat adalah mereka yang suka :

1. Kesalahan memaki hamun orang ini.

2. Menuduh orang itu.

3. Memakan harta orang orang ini.

4. Menumpah darah orang itu dan 

5.  Memukul orang.

Wallahua'lam mari kita sama2 jauhi budaya ini..



















Tuesday, October 21, 2014

PENGGUNAAN NAJIS DALAM PERUBATAN

PENGGUNAAN NAJIS DALAM PERUBATAN

Ahmad Muhaimin bin Mustapha

Mukadimah
Islam menganjurkan kepada umatnya kehidupan yang sihat dan menggalakkan
supaya berubat apabila mengalami kesakitan. Ini sejajar dengan hadis nabi s.a.w yang
berbunyi :
"! داء دواء &ذا أ-,+ داء ا"*اء '(أ '&ذن ا#
( /012 34)5أ)
Setiap penyakit itu ada ubatnya, jika tepat ubatnya maka penyakit itu akan sembuh
dengan izin Allah

2& أ;:ل ا# 2= داء ا> أ;:ل "78 3&ء
(أ34)5 ا"@&رى)
Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan Dia juga menurunkan ubat
baginya.
Namun perkembangan ilmu perubatan yang berjalan seiring dengan keperluan
zaman menyaksikan timbulnya kepelbagaian dalam merawati penyakit. Kajian demi
kajian akhirnya menatijahkan penggunaan alat dan wasilah yang pelbagai juga aliran
perubatan yang bermacam-macam. Tidak kira perubatan moden (alloypathy) atau pun
perubatan alternative, akhirnya terjebak dalam penggunaan bahan-bahan yang tidak
sah dari segi syariat Islam. Secara jelasnya timbulnya penggunaan najis dalam
mengubati penyakit. Adakah ini dibenarkan oleh Islam atau tidak, memerlukan
penekunan kita dalam mengkaji dan mengeluarkan hukum secara tepat.
Anjuran berubat dengan benda yang suci

Sebelum kita meneruskan perbincangan kita, di sini didatangkan beberapa
hadis mengenai penggunaan elemen yang kotor dalam perubatan. Antaranya ialah
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ad-Darda’ bahawa Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda :
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat, dan
dijadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan kamu
berubat dengan yang diharamkan." (Hadis riwayat Abu Daud)
Imam Bukhari pula ada menyebutkan dalam shahihnya daripada Ibnu Mas‘ud
katanya:

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penawar (kesembuhan) kamu
pada benda-benda yang diharamkan ke atas kamu." (Dikeluarkan oleh Bukhari)
Manakala dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata: 2
Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang daripada ubat yang
kotor." (Hadis riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad)
Skop perbincangan

Ilmu perubatan moden hanyalah satu daripada beribu-ribu jenis ilmu
perubatan yang wujud di muka bumi ini. Memandangakan cara perubatan ini diterima
oleh kebanyakan masyarakat dunia berdasarkan kepada method kajiannya yang jelas
dan diterima secara saintifik. Ilmu perubatan moden yang juga dikenali sebagai
allopathy sentiasa mengalami evolusi yang pesat. Kajian mutakhir ini lebih banyak
dipelopori oleh saintis yang bukan Islam menyebabkan masuknya elemen-elemen
yang disifatkan najis pada pandangan syarak.
Kebanyakan perbincangan kita berkisar dengan penggunaan najis dalam perubatan
moden di samping itu didatangkan beberapa contoh penggunaan najis dalam
perubatan alternative dan juga tibbul nabawi.

Antara yang akan dikupas dalam kertas kerja ini ialah :

1. Penggunaan najis dalam perubatan moden
a. gelatin
b. xeno transplantation
c. hormon
d. vaksin
e. alkohol
f. pemindahan dan pembersihan darah

2. Penggunaan najis dalam tibbul nabawi

3. Penggunaan najis dalam perubatan alternative
a. urine teraphy
b. penyembuhan menggunakan makanan (healing food)

Kertas kerja ini sama sekali tidak akan menyentuh mengenai hukum
penggunaan najis dalam perubatan. Di sini hanya akan dibincangkan contoh
penggunaan najis dari segi aspek perubatan sahaja. Jawapan mengenai hukum
penggunaannya akan djelaskan secara berasingan.
Amatlah penting bagi kita mengetahui gambaran awal sesuatu perkara
sebelum menjatuhkan sebarang hukum, bersesuaian dengan kaedah fekah :
ا0* 1234. /.ء -,ء *( )'&ر$
Hukum ke atas sesuatu perkara itu adalah satu juzuk daripada gambarannya.
Penggunaan najis dalam perubatan moden
1. Gelatin
Gelatin merupakan bahan yang sering kita dengar terutamanya umat Islam
yang betul-betul mengambil berat akan perihal halal dan haramnya sesuatu perkara.
Namun ada di kalangan kita yang tersalah anggap dengan istilah ini. Ada yang 3
beranggapan semua gelatin adalah haram, seolah-olah gelatin merupakan produk
daripada khinzir. Adakah tanggapan ini betul? Untuk itu marilah sama-sama kita
fahami apakah yang dimaksudkan dengan gelatin.
Gelatin mengikut ta'rifan yang diberikan oleh Professor Muhammad Abdul
Salam, merupakan hasil pengasingan protein yang dihasilkan dengan cara
menceraikan rangkaian kimia yang terdapat dalam protein haiwan yang dikenali
dengan nama collagen. Ianya diasingkan dengan cara pengoksidaan atau pun dengan
menggunakan perantaraan enzim yang akhirnya akan menukarkan struktur kimianya.

Dari manakah sumber gelatin diperolehi?
Kebanyakan sumber gelatin diambil daripada kulit, tulang, sisi tulang dada,
dan tendon manakala gelatin yang besumber daripada ikan masih dalam peringkat
kajian mengenainya dan penggunaannya. Terdapat juga gelatin yang diambil daripada
sumber tumbuh-tumbuhan. Salah satu contohnya ialah daripada bijirin. Di dalam
Ensikloedia Malaysiana dicatatkan bahawa, "gelatin sayur-sayuran adalah sama
dengan gelatin binatang dari segi fungsinya dan ia diperolehi daripada gluten gandum
atau bijirin lain"

Penggunaan gelatin yang bersumberkan daripada tumbuhan sudah tentu sama
sekali tidak dipertikaikan kehalalannya. Yang menjadi masalah ialah penggunaan
gelatin haiwan. Secara umumnya gelatin akan menjadi najis bila diambil daripada
khinzir begitu juga daripada binatang yang halal dimakan tetapi tidak disembelih
secara Islam. Jika sekiranya ia dicampur dalam ubatan maka ubat yang asalnya bersih
akan bertukar menjadi najis.

Dewasa ini penggunaan gelatin digunakan secara meluas terutamanya dalam
pembuatan makanan dan penghasilan ubatan, samada moden mahupun tradisional.
Antara kegunaannya dari sudut perubatan ialah :
a. Kapsul ubat
b. Penyalut kepada ubat untuk melambatkannya larut semasa berada dalam
sistem penghadaman.
c. Krim
d. Ubat yang dimasukkan melalui dubur atau saluran peranakan
e. Penghalang pengeluaran darah dalam pembedahan
f. Pengganti atau penambah plasma darah.
g. Kajian Dr. Troum dan Dalton gelatin khinzir boleh digunakan untuk
menyembuhkan tulang yang patah.
h. Gelatin yang disteril dengan radiasi ultraviolet boleh merangsangkan
pembentukan tulang yang baru (masih dalam kajian)
i. Dalam satu kes seorang yang berumur 72 tahun mengambil 1/4 oz gelatin
sehari dalam jus oren selama 6 bulan sebagai rawatan kepada arthtitis pada
sendi tanganya. Kesannya telah menambahkan flexibility jarinya dan
kesakitan dapat dikurangkan.

Paparan ini merupakan sebahagian daripada kegunaan gelatin yang pelbagai
menerusi skop perubatan. Penggunaannya sudah meluas sama ada disedari oleh umat
Islam atau pun tidak. Samada gelatin yang digunakan dalam perubatan bersumber daripada sumber
yang halal atau tidak, memerlukan penelitian kita semasa mendapatkan rawatan.
Dalam hal ini pesakit yang beragama Islam sewajarnya bertanya kepada pihak yang
berautoriti semasa mendapatkan rawatan demi memastikan semua ubatan yang
digunakan bebas daripada najis.

Tambahan :

Selain daripada gelatin yang menjadi bahan dalam perubatan, pelbagai lagi
produk yang dikeluarkan besumberkan daripada khinzir. Antara penggunaan lemak
khinzir sebagai krim dan alat-alat kecantikan. Kebanyakan penggunaan bahan seperti
krim dan bahan kecantikan boleh dikategorikan sebagai tidak darurat.

2. Hormon
Hormon ialah sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar tertentu
dalam badan dan dibawa dalam aliran darah kepada organ yang lain atau mana-mana
bahagian dalam badan bagi menghasilkan tindakbalas atau ransangan yang berkaitan.
Hormon merupakan bahan kimia asas yang penting diciptakan oleh Allah
SWT. Pada masa yang sama, sekiranya berlaku kekurangan atau kelebihan pada aras
hormon dalam tubuh ianya akan menyebabkan berlakunya penyakit yang pelbagai.

Dalam pengamalan ilmu perubatan moden hormon digunakan untuk merawat
beberapa penyakit. Antara contoh penggunaan hormon ialah :
a. Insulin
Insulin merupakan hormon yang penting dalam mengawal kandungan gula
dalam darah manusia. Ianya bertanggung-jawab menukarkan glukosa kepada
glukagon sekaligus mengurangkan aras gula dalam darah. Kekurangan insulin
dalam badan menjadi salah satu penyebab kepada penyakit kencing manis.
Dianggarkan terdapat seramai 120 juta pesakit yang mengalami kekurangan
insulin sukar dipulihkan.

Pesakit kencing manis (jenis pertama) sememangnya berhajat kepada suntikan
insulin setiap hari untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Antara
sumber insulin yang digunakan untuk merawat pesakit ini ialah insulin yang
bersumberkan daripada haiwan. Haiwan yang sesuai ialah lembu dan khinzir.
Pun begitu insulin daripada khinzir mempunyai keistimewaan berbanding
dengan insulin lembu kerana ianya hanya berbeza dengan insulin manusia
pada sejenis amino asid sahaja. Manakala insulin lembu berbeza sebanyak 3
amino asid.

Perkembangan ilmu sains perubatan mutakhir ini telah berjaya menghasilkan
insulin yang dihasilkan secara biosintesis daripada insulin manusia. Namun
pengunaan masih belum meluas memandangkan ianya hanya digunakan di
negara barat sahaja.
b. Lain-lain hormon yang dihasilkan daripada khinzir ialah:
• Hormon β- glucagon 5
• Follicle stimulating hormone daripada kelenjar pituatiry khinzir
• Hormon somatotropin
• Hormon calcitonin
• Hormon secretin
• Melanocyte Stimulating Hormone

Di atas adalah beberapa contoh hormon yang dikategorikan sebagai najis.
Namun begitu perlu dinyatakan di sini, semua hormon yang mampu diperolehi
daripada khinzir juga boleh diambil daripada haiwan seperti lembu, tikus, kuda,
kambing dan arnab juga dengan kemajuan teknologi bio engineering saintis mampu
menghasilkan hormon daripada manusia. Mengenai penggunaan hormon di negara
kita dan negara-negara Islam samada diambil daripada sumber najis atau tidak,
perlulah kita bertanyakan kepada pihak yang berautoriti.

3. Vaksin
Vaksin merupakan salah satu cara perubatan moden yang digunakan sebagai
rawatan pencegahan awal. Antara saintis yang terawal menemui vaksin ialah Edward
Jenner yang menemui vaksin untuk melindungi manusia daripada penyakit small pox
manakala Louis Pasteur pula mencipta vaksin terhadap penyakit rabies.
Tujuan utama penggunaan vaksin ialah untuk mengaktifkan sistem immuniti
tubuh. Ianya akan mengaktifkan sel darah putih (B cell dan T cell) untuk bertindak.
Selain daripada itu vaksin akan mencipta sel-sel memori dalam sistem pertahanan
tubuh. Jesteru itu pendedahan kepada agen penyakit yang sama akan merangsangkan
tindak balas yang segera.

Terdapat dua jenis imunisasi :
1. Imunisasi pasif – ini dilakukan dengan menyuntik immunoglobulin kepada
pesakit yang sudah mengalami penyakit.
2. Imunisasi aktif – melibatkan suntikan suntikan patogen yang diubahsuai
atau dibersihkan ataupun produk daripada patogen tersebut.
Vaksin boleh dihasilkan melalui beberapa cara:
1. Organisma yang mati : sebagai contohnya vaksin untuk virus influenza
2. Organisma yang hidup tetapi dilemahkan : contohnya vaksin untuk kuman
measles, mumps dan rubella (MMR)
3. Bahagian tertetentu daripada organisma ataupun produknya : contohya vaksin
untuk tetanus.
4. Secara syntetik
Kemungkinan vaksin boleh menjadi najis ialah berpandukan kepada sumber yang
diambil untuk semasa penyediaanya. Contoh penggunaan vaksin daripada sumber
najis ialah apa yang pernah berlaku di negara kita iaitu suntikan yang dikenakan
kepada jemaah haji. Di mana jemaah haji diberikan 2 suntikan iaitu suntikan vaksin
anti meningicocal meningitis ACYW 135 quadrivalent dan influenza (flu).6

Tujuan utama diberi suntikan vaksin anti meningicocal meningitis ACYW 135
quadrivalent ialah untuk mencegah jangkitan kuman Neisserria Meningitis yang boleh
menyebabkan penyakit meningitis (infeksi pada selaput otak). Penyakit ini boleh
membawa ajal.

Perbincangan sama ada boleh atau tidak mengenai penggunaan vaksin ini menjadi
perbahasan hangat dikalangan ulama. Ini kerana ada yang berpendapat ianya tidak
najis kerana telah berlaku istihlah (transformasi). Pada musim haji 1422 hijriah,

Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Prof. Dr. Musa Mohd Nordin mengeluarkan
kenyataan bahawa vaksin ACYW 135 boleh digunakan kerana telah melalui proses
transformasi yang menjadikannya bahan lain. Manakala pada musim haji tahun yang
berikutnya Menteri Kesihatan Dr. Chua Jui Meng mengumumkan bahawa jemaah haji
boleh memilih samada untuk menggunakan vaksin ACYW 135 yang bernama
menomune yang dihasilkan daripada khinzir atau pun mercevax yang dihasilkan
dengan bahan yang bebas daripada unsur khinzir.

4. Xeno transplantation
Dalam membincangkan mengenai pemindahan anggota, tisu atau sel kita akan
berkenalan dengan istilah-istilah yang pelbagai. Antaranya ialah auto graft, isograft,
allograft dan xenograft. Perbezaan istilah ini menunjukkan kepelbagaian pemindahan
yang dilakukan. Kita hanya akan membincangkan mengenai xenograft ataupun xano
transplantation.

Apakah yang dimaksudkan dengan xenotransplantion? Istilah ini secara
dasarnya digunakan pada pemindahan cell hidup, tisu dan organ dari satu spesis
kepada satu spesis yang lain. Sebagai contohnya pemindahan organ dari khinzir
kepada manusia. Xeno trasnsplantation ini biasanya melibatkan pemindahan sel, tisu
dan organ daripada khinzir, babon atau chimpanzi kepada manusia. Namun yang
sering berlaku dan masih dalam kajian yang pesat ialah penggunaan organ khinzir
bagi mengganti dan menampung kekurangan organ manusia untuk merawat pesakit
yang memerlukan. Semestinya apa sahaja yang terhasil dan diambil daripada haiwan
ini adalah najis dari segi syarak.

Antara negara yang menjalankan kajian xeno transplantation ini ialah Amerika
Syarikat, Kanada, Jerman , Spanyol dan Belgium. Ianya berperanan sebagai
alternative kepada organ manusia. Penyelidikan awal juga merancang untuk
menjadikannya sebagai ubat kanser, AIDS, kencing manis, kegagalan fungsi hati dan
merawat penyakit Parkinson ataupun sekurang-kurangnya dengan adanya organ
haiwan boleh digunakan sebagai organ sementara sebelum mendapat organ manusia.
Sebab utama penggunaan khinzir ialah memandangkan ianya senang didapati
dan saiz organnya yang hampir menyamai organ manusia. Faktor utama
berkembangnya kajian untuk menggunakan organ khinzir ialah kerana berlaku
kekurangan organ. Sebagai contohnya apa yang berlaku di Kanada, 3 daripada 10
orang pesakit mati semasa menunggu untuk mendapatkan organ. Manakala Amerika
sahaja membeli sebanyak 200 hingga 300 organ setiap tahun dari negara membangun. 7

Antara pemindahaan yang telah pernah dilakukan ialah pemindahan injap
jantung khinzir untuk mengganti injap jantung manusia yang bermasalah. Kajian
saintifik bependapat kebanyakan organ khinzir seperti jantung, buah pinggang dan
hati boleh digunakan untuk pemindahan organ. Bagi mengatasi masalah penolakan
organ, di Edinburgh Scotland telah dicipta khinzir melalui teknologi genetic
engeneering yang diberi nama "double knock-out pig". Khinzir ini berbeza daripada
khinzir biasa, di mana ianya dipercayai tidak mempunyai gen yang menyebabkan
penolakan (rejection) pada penerima.
Walaubagaimanapun banyak masalah yang sememangnya dibimbangi berlaku
dengan pemgunaan khinzir dalam pemindahan organ ini. Apa yang ditakuti sekali
ialah kuman dan virus yang ada pada khinzir yang boleh menyerang pesakit. Setakat
ini kejayaan yang dicapai masih berada pada tahap rendah dan ramai pesakit yang
mencuba akhirnya menemui ajal. Biar apa pun yang berlaku, xeno transplantation
merupakan projek saintifik jangka masa panjang yang pesat dikaji oleh saintis barat,
yang berpendapat perlunya pemindahan organ bagi melangsungkan kehidupan pesakit

5. Pemindahan dan pembersihan darah
Darah merupakan cecair yang cukup penting dalam badan manusia.
Kandungan utamanya terdiri daripada plasma dan sel darah ( sel darah merah dan sel
darah putih) merupakan elemen penting untuk meneruskan kehidupan normal
manusia.

Fungi utama darah ialah sebagai pengangkut kepada gas seperti oksigen dan
karbon dioksida, makanan yang dicerna dalam bentuk molekul yang ringkas dan ejen
yang menjaga tubuh daripada serangan kuman.
Pemindahan dan pendermaan darah berlaku apabila tedapat pesakit yang
mengalami kehilangan darah yang kronik seperti dalam kes kemalangan, pembedahan
dan lain-lain. Sebenarnya kaedah pendermaan darah ini baru sahaja terjadi pada kurun
ke-20 dan kejayaan pertama pemindahan darah berlaku di London pada tahhun 1921.
Manakala pembersihan darah bisanya dilakukan ke atas pesakit yang mengalami
kegagalan fungsi buah pinggang.

Mengapa pemindahan dan pembersihan darah diletakkan dalam topik
perbincangan kita? Jawapannya, kedua-dua proses ini melibatkan keluarnya darah
daripada tubuh manusia. Darah yang keluar dari tubuh manusia pada pandangan Islam
merupakan najis mutawasittah. Contohnya dalam kes pemindahan darah yang mana
darah dipindahkan daripada penderma kepada pesakit yang memerlukan. Dalalm kes
pembersihan darah (heamodialisis) darah dari pesakit dikerluarkan dari badan dan
dicuci menggunakan alat heamodialisis sebagai ganti buah pinggang yang berperanan
untuk menapis dan membersihkan darah.

6. Alkohol 8
Alkohol merupakan sejenis bahan yang sudah digunakan sejak turun temurun
dalam sejarah peradaban manusia. Bukan sahaja sebagai minuman, alkohol juga
mempunyai nilai perubatan yang tidak kurang pentingnya. Firman Allah SWT :
"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi.
Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi
manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka
bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)?
Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebihan dari keperluan (kamu).
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan
hukumNya) supaya kamu berfikir."
Surah al-baqarah ayat 219
Ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa arak mempunyai manfaat,
namun dosanya lebih besar daripada faedah yang ada.
Alkohol merupakan bahan cecair tanpa warna yang dihasilkan menerusi dua
cara pemprosesan. Pertama menerusi fermentation (penapaian), iaitu proses khas
untuk menghasilkan arak, dan kedua menerusi bahan kimia, iaitu suatu proses bagi
menghasilkan alkohol daripada petroleum.

Hasil pemprosesan ini dikenali juga sebagai etanol atau etil alkohol. Dalam
bidang perubatan, alkohol digunakan sebagai antiseptik dan sebagai pelarut disamping
juga sebagai bahan untuk mencucikan kulit. Metanol yang dikenali sebagai alkohol
metil atau alkohol kayu ialah satu bahan yang sangat beracun.
Jadi di sini terdapat 2 jenis alkohol yang berpunca daripada sumber bebeza
satu daripada proses penapaian dan daripada petroleum. Perbincangan mengenai najis
atau tidak alkohol yang berasal daripada petroleum turut menjadi khilaf dikalangan
ulama.
Pengguanaan najis dalam tibbul nabawi
Rasullah s.a.w sebagai Rasul terunggul, Nabi akhir zaman telah menunjukkan
beberapa teladan yang berguna kepada umatnya termasuklah dalam bidang perubatan.
Nabi s.a.w sendiri pernah menganjurkan supaya meminum air kencing unta sebagai
penawar kepada penyakit yang mereka alami. Hal ini tercatit dalam hadis sahih
bukhari yang berbunyi,
 qy0p zt{ی&y@ -/0وس 3,0p #ا q0-– #ا لtرس اtvأ woی)p =2 ا)7; أن : 3op #ا qrر s;أ =p روى
ا>سy„م &سt€5t‚yا ا"€*ی1yy wyo€ أt!}yy /~2&1y4ا ذ"y| ا"qyy رسtyل ا# – -q0yy ا# 3y0p وسyy – /0y&ل : أ>
 اt‰† &~"اt'وا &~;&@"ا =2 اt')} اt4)… . q0' : اt"&ˆ .&~;&@"وا &~"اt'أ =2 نt@,†‚ 30'ا q &o,pرا ‡2 نt4)…v
‚t0ا راqp رسtل ا# – -q0 ا# 3,0p وس0/ – واS(دوا ا"o}/ .

Maksudnya: "Bahawa serombongan suku ‘Ukal seramai lapan orang datang
menemui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu mereka berikrar kepada Nabi
untuk masuk Islam. Kemudian cuaca kota Madinah merimaskan mereka dan
mengakibatkan tubuh badan mereka sakit-sakit, lalu mereka mengadukan hal itu
kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Baginda bersabda kepada mereka: 9
"Barangkali elok kamu pergi bersama tukang gembala kami kepada untanya,
kemudian kamu dapatkan air kencing dan susunya." Mereka menjawab: "Baiklah."
Mereka pun pergi dan meminum susu dan kencing unta itu, setelah itu mereka pun
sihat. Tetapi kemudian mereka membunuh tukang gembala Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam itu dan merampas unta-untanya."
(Hadis riwayat Bukhari)

Dalam hadis di atas Nabi s.a.w mengarahkan supaya air kencing unta diminum
sebagai rawatan kepada sakit pada tubuh akibat keadaan cuaca di Madinah. Jelasnya
air kencing merupakan najis, namun dibenarkan oleh Nabi s.a.w untuk diminum
sebagai penawar penyakit. Persoalannya sejauh manakah Islam membenarkan
penggunaan najis dalam merawat penyakit?
Tambahan :
 Selain daripada kisah minum air kencing unta dan susunya dijadikan sebagai
ubat semasa hayat Nabi s.a.w, terdapat juga penggunaan elemen yang haram tapi
bukan najis dalam perubatan Nabi s.a.w. Sebagai contohnya Nabi s.a.w membenarkan
Abdul Rahman bin Auf dan Zubair bin Al-awwam memakai sutera kerana sakit yang
dialami oleh kedua-duanya, dan ini dikiaskan dengan penggunaan najis dalam
keadaan darurat. Juga Nabi s.a.w membenarkan Arfajah bin Asad memakai hidung
yang dibuat dari emas kerana darurat.

Penggunaan najis dalam perubatan alternatif
1. Terapi air kencing

Bunyinya sahaja sudah memualkan. Percaya atau tidak, ada segolongan
manusia yang menggunakan air kencing sendiri sebagai rawatan pencegahan
penyakit. Dalam amalan perubatan ini, air kencing diminum untuk mencegah dan
merawat penyakit-penyakit tertentu.
Manusia yang pertama menjumpai kaedah ini ialah bekas perdana menteri
India, Moraji Dasai. Ada juga yang mengatakan ianya dijumpai oleh petani dari
China. Sudah tentunya masalah utama yang timbul bagi pengamal perubatan ini ialah
masalah psychology sebelum mencubanya. Bagi pengamal terapi air kencing ini,
keistimewaannya sudah tentulah kerana kos yang tidak perlu dikeluarkan dan ianya
boleh didapati di mana sahaja kita berada.

Jijik atau tidak, suci ataupun najis, penggunaan terapi air kencing ini, ianya sudah
diterima oleh sekelompok masyarakat yang percaya akan khasiatnya. Antara
kandungan yang ada dalam air kencing dan faedahnya ialah:
a. Menurut pakar bedah Itali, Stanislau R Burzynski, anti neoplastin yang ada
secara berasingan dalam urine menunjukkan keputusan yang menakjubkan
dalam merawat penyakit kanser.
b. DHEA (dehydroepindrosterone) yang ada hubungan dengan hormon
testosterone dipercayai bertindak sebagai anti penuaan, anti kanser dan anti
kegemukan. 10
c. Urea yang dikitar oleh mulut akan ditukarkan kepada amino acid yang
penting, bermanfaat untuk badan.
d. 95% urine adalah air, 2.5 % adalah urea dan 2.5% adalah mineral, garam,
homon dan enzyme. Semua bahan-bahan ini menjadi steril selepas dikeluarkan
dari badan.
e. Untuk merawat allergic terutamanya penyakit asma.
f. Rawatan sembelit yang konik
g. Rawatan penyakit kulit
2. Penyembuhan melalui makanan (healing food)

Dikalangan pengamal perubatan moden dan tradisional ada yang
mengamalkan pencegahan dan penyembuhan penyakit melalui pemgambilan
makanan. Ada di antara makanan tertentu yang dipercayai mempunyai nilai perubatan
dalam menyembuhkan penyakit.

Sebenarnya Islam telah mengajar umatnya dengan menganjurkan pengambilan
makanan sekadar perlu dan tidak berlebihan bagi menjamin kesihatan tubuh badan.
Ianya terbukti berkesan. Bahkan sekiranya dirujuk dalam kitab tibbul nabawi
karangan Ibnu Qayyim Al-jauziyah, di sana terdapat perbincangan yang menyentuh
kelebihan makanan tertentu dalam menjaga kesihatan.

Namun, pengamal perubatan penyembuhan menggunakan makanan, yang
bukan Islam sudah tentunya tidak terikat dengan hukum hakam syariah. Justeru itu
timbullah pengamalan makanan yang tidak dibenarkan oleh Islam bertujuan untuk
menjaga kesihatan.

Antara yang dianjurkan ialah minuman yang beralkohol atau dengan nama
lainnya arak. Masyarakat barat melalui kajian mereka berpendapat bahawa dengan
meminum alkohol dengan kadar yang sederhana dapat mengurangkan penyakit
jantung. Manakala flavonids dalam wine merah dikatakan dapat menurunkan kadar
LDL cholesterol dalam tubuh. Namun begitu, risiko bagi wanita pula dengan hanya
pengambilan yang kecil boleh meningkatkan risiko mendapat kanser payudara. Arak
juga boleh digunakan untuk menambahkan selera makan, meningkatkan kawalan diri
dan menambahkan berat badan.

Perubatan cina pula tampil dengan pengunaan khinzir sebagai makanan untuk
merawat penyakit. Doktor mereka percaya khinzir amat bagus untuk merawat batuk
kering dan bagi pesakit yang mengalami kelemahan saraf.

Sebenarnya umat Islam sudah tentunya tidak menggunakan kaedah meminum
alkohol dan memakan daging khinzir sebagai rawatan. Tujuan didatangkan contoh di
atas hanyalah sebagai maklumat tambahan.

Penutup.
Kertas kerja ini hanya memberi gambaran kasar mengenai pengunaan najis
dalam perubatan moden dan tradisional. Sangat mustahil untuk kita membincangkan
semua kaedah perubatan yang ada di dunia ini dengan keadaan pengetahuan yang 11
terbatas. Mudah-mudahan kertas kerja ini dapat membantu menambahkan thaqafah
kita bersama.
8.46 mlm.
31 ogos 2004
disediakan oleh :
Ahmad Muhaimin bin Mustapha


Makan Najis Vs Mandi Najis : Mana lagi baik????

JUAL MINYAK DAGU BOLEH PULA YE...

Lamanya tak post dkt blog ni...rindu rasanya nak menulis...

Ini antara post TB pada FB nya...hairannya...jual minyak dagu boleh pula ye..sungguh mama tak faham undang2 Islam di negara kita..Wallahua'lam..





Monday, January 7, 2013

IMAM SUHAIB WEBB

Entry mama kali ni fasal idola mama, Imam Suhaib Webb pengacara rancangan REFLECTIONS setiap hari rabu di TV Al-Hijrah pukul 11 malam..yg menariknya fasal Imam ni..tauhid nya memang superb, kalah org Islam mcm kita walau dia Muallaf..setiap siri rancangan reflections ni x prnh mama x menitiskan air mata..mmg menusuk kalbu dan maksud nya sampai dan senang faham..xde gelak ketawa..kulliyah dia mmg serius..ilmu yg disampaikan padat..mcm ni le kehebatan dia..subhanallah..

Serba sedikit biodata Imam Suhaib Webb:

IMAM SUHAIB WEBB, seorang warga Amerika Syarikat yang kini berusia 38 tahun. Beliau memeluk Islam di awal tahun 1990an. Keinginannya yang kuat untuk mendalami ilmu tentang Islam, membuatkannya memutuskan untuk berangkat ke negara Afrika Utara.

Webb mendalami ilmu syariah Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir. Semangatnya mempelajari Islam dan aktivitinya sebagai seorang mualaf, terutama di kalangan anak muda Amarika Syarikat (AS) selama lebih dari satu dekad, telah membuahkan hasil apabila ramai anak muda yang memeluk Islam berkat pendekatan beliau. Pada tahun 2010, Imam Suhaib Webb terpilih sebagai salah seorang dari 500 orang "Most Influential Muslims in the World" oleh sebuah pertubuhan kumpulan pemikir Islam AS.







Imam Suhaib Webb - Islam Bahagian Kekayaan Budaya AS
Sebagai seorang mualaf, William Suhaib Webb mengakui tidak mudah baginya hidup di tengah masyarakat non-Muslim di AS. Namun dia berusaha untuk menunjukkan cara hidup Islam yang sebenar dan mencipta satu fenomena kehidupan beragama yang harmonis di tengah masyarakat Amerika Syarikat (AS) yang penuh kecurigaan terhadap Islam ataupun "Islamofobia".

“Sebagai mualaf yang masih berusia muda, saya tidak selesa untuk menjadi siapa saya yang sebenarnya. Saya mengadaptasi perbagai budaya yang berbeza, dan saya tidak dibesarkan dengan budaya itu," kata Imam Suhaib Webb dalam satu wawancara menerusi telefon dengan Reuters. Webb kemudiannya mendalami lagi ilmu Islam di Timur Tengah.

“Saya berhijrah ke Timur Tengah dengan euforia yang tinggi dan konsep-konsep yang utopis,” tutur Webb yang sekarang menjadi imam di sebuah masjid di AS dan mengelolakan website untuk anak muda Muslim. Webb mempunyai latar pendidikan syariah Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir. Sewaktu belajar di Al-Azhar dia menyedari ada salah faham mengenai agama Islam yang baru dipeluknya.

“Setelah saya belajar syariah, saya mulai menyedari bahawa…wah, saya sudah salah memahaminya, dan saya benar-benar ingin merasa selesa menerima siapa saya seadanya dan menghiasi diri saya dengan peribadi sebagai seorang manusia,” tambah Webb. Semangatnya mempelajari Islam dan aktivitinya sebagai seorang mualaf, terutama di kalangan anak muda selama lebih dari satu dekad, membuahkan hasil dan pada tahun 2010, Webb terpilih sebagai salah satu dari 500 orang “Most Influential Muslims in the World”.





Selain mendidik anak-anak muda Muslim, Webb juga dikenali sebagai tokoh yang membela hak-hak kaum wanita dan aktif dalam komuniti agama dalam pelbagai kegiatan masyarakat.

Webb menyatakan, radikalisasi tumbuh subur di AS ketika Muslim dan non-Muslim sama-sama meyakini bahawa Islam tidak sesuai dengan Amerika.

“Muslim adalah sebahagian dari kekayaan budaya AS dan sudah menjadi sebahagian dari budaya kita sejak sekian lama,” tegas Webb. Webb tidak menafikan kemungkinan adanya ekstrimis yang memujuk anak2 muda Muslim, menyelewengkan mereka dari ajaran Islam sebenar. Tetapi dari segi lain, anak2 muda Muslim juga diasingkan oleh non-Muslim kerana pandangan yang salah tentang Islam dan Muslim.

Isu radikalisme Muslim di AS menyemarak kembali ketika Komiti Dewan Keamanan Dalam Negeri Kongres AS membangkitkan isu radikalisasi di kalangan Muslim AS yang dicetus oleh senator Peter King. Keith Ellison, muslim pertama AS yang menjadi anggota Kongres mengecam isu berbangkit itu dan menyatakan King bersifat tidak adil kerana menyamaratakan semua Muslim atas tindakan yang dilakukan oleh segelintir Muslim yang radikal/ekstrem.

Isu Islam dan Muslim semakin panas di AS, dan sikap antisyariah Islam di AS semakin memuncak. Daripada 13 negeri di AS, terlalu sedikit bilangan yang menolak penerapan syariah Islam. Itu belum lagi polemik rancangan pembangunan masjid dan Islamic Center di Ground Zero yg baru sahaja reda.

Menurut Webb, semua permasalahan itu muncul kerana salah faham sebahagian besar masyarakat AS terhadap Islam dan Muslim. “Muslim Amerika, mahu tidak mahu harus terus bersatu dengan budaya Amerika, agar dapat memberikan pandangan yang jelas kepada non muslim yang lain walau pun berbeza pegangan agama, mereka tetap dari satu budaya yang sama.